[REC] Gemini Untuk Pemula (Coach Khairul)
“GUNA GEMINI BUKAN SEKADAR TANYA SOALAN“
Belajar guna AI Google yang paling mudah & power > dalam masa 2 jam sahaja! |
Apa yang anda akan belajar:
+ Apa itu Google Gemini dan beza dia dengan ChatGPT.
+ Cara akses dan guna Gemini interface (desktop & mobile).
+ Teknik asas prompting untuk hasilkan teks, gambar & idea.
+ Demo real: buat content social media dan poster dalam 10 minit.
+ Tips bonus: Cara guna Gemini Advanced + Extensions (Docs, Gmail, YouTube)
Siapa yang patut join:
Usahawan yang nak jimat masa buat content
Pendidik atau pelajar yang nak guna AI bantu kerja harian
Kakitangan kerajaan/swasta yang nak kenal teknologi AI dengan cara santai
Sesiapa yang tak reti langsung AI tapi nak mula sekarang!
FAQ:
Q: Google Gemini tu apa sebenarnya?
A: Google Gemini ialah AI chatbot dari Google macam ChatGPT, tapi dia terus ‘hidup’ dalam ekosistem Google (Gmail, Docs, Sheets, Slides dan banyak lagi). Boleh bantu buat kerja, tulis teks, analisis data, hasilkan idea. Semua dalam satu tempat.
Q: Kena install ke Gemini ni?
A: Tak payah install apa-apa. Kalau guna akaun Google (Gmail), biasanya dah boleh akses. Tapi untuk akses penuh Gemini Advanced, kena ada Google One plan tapi jangan risau, dalam kelas nanti kita tunjuk versi percuma & premium.
INI ADALAH RAKAMAN SAHAJA. BUKAN KELAS SECARA LANGSUNG